Last week tergerak hati nak dengar ceramah pagi jumaat, dah 2 weeks skip, last skali topic ombak rindu haha laju je pi dengar, act x tau pun topic die, main Pakai redah je, bawak le sorang dua member pakat pi, baik betul bos offc, every Friday je ade org dia panggil nk bagi ceramah agama.
Herm.. Mula2 tgk ustaz tu McM garang tapi boleh bawak jugak kelakar die, topic yg dikupas israk Dan mikraj, wahh dah lame pg rejab cheq baru nk bukak story, tak kisahla kan,nak ikutkan Mmg dah banyak Kali dgr pasal israk mikraj tapi on Internet, radio n tv but la ni depan2 siaran langsung mane boleh tinggal. If rasa McM poyo2 tau sal peristiwa israk n mikraj Tiba Kat situ terdiam kagum rupanya masih cetek ilmu Kat dada, feeling meleleh jugak lah ingat rock tapi swing. Rasa nya ramai yg dah tau peristiwa israk mikraj so I just share something yang I rasa jarang yang dengar but keep me amazed, subhanallah
Dikatakan bagaimana nabi s.a.w telah dibawa oleh malaikat jibrail dgn menggunakan buraq, subhanallah bayangkan perjalanan melawat 5 alam hanya semalam. Pernah terfikir tak kenapa bukan hanya malaikat yang bawa nabi Muhammad menghadapnya, but don't think too much Allah itu maha berkuasa. Hanya nabi muhammad s.a.w rasul yang menerima jemputan Allah untuk menghadapnya, bayangkan betapa banyak nabi sebelumnya Dan rasul tapi hanya nabi muhammad yang dijemput bertemu denganNya.
Berbalik pada Buraq tadi yang I Cuba bagi tahu, betapa lajunya buraq Tadi,bayangkan malaikat Allah jadi kan Dari cahaya, Kita tahu kan bagaimana kelajuan cahaya pun masih Tidak menandingi kelajuan buraq yang membawa nabi israk ke 5 Alam hingga ke hadratul qudus bertemu dengan allah s.w.t.
Nabi Muhammad s.a.w kemudian diperlihatkan syurga. Kehadirannya Sahaja sgt mengembirakan penhuni syurga, dilihatkn tempat singahsananya.
Seterusnya di perlihatkan keadaan neraka. Kehadiran rasul allah memadamkan api didalam neraka, betapa hormatnya. Sementara nabi merasa sedih Dan takut Melihat umatnya di azab.
Kemudian di perlihatkan pohon sidratul muntaha. Betapa cantiknya pohon itu sehingga yang memandangnya begitu asyik, daun- daun berselisih mghasilkan bunyi indah.
Apb mikraj (naik) di setiap pintu langit bertemu dengan nabi Allah yg lain baginda Akan bersalaman.
Di masjidil aqsar rasul telah menjadi imam kepada semua nabi Dan rasul Dan mursalin. Nabi muhammad rasul terakhir utusan allah yang menjadi imam kpd nabi terdahulu, subhanallah kuasa Allah jika di lihat keluasan masjidil aqsar dgn bilangan makmum, hanya Allah yang maha mengetahu lg berkuasa, jika di fikir bilangan nabi yang Allah jadikan termasuk nabi yang mempunyai size badan yang besar Dan tinggi. Allah s.w.t telah menghimpunkan seluruh nabi2 Dan rasul dalam keadaan roh Dan jasad menanti kehadiran nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi imam kpd mereka.
Dan apb nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Allah s.w.t Allah menyuruhnya meminta apa sahaja tetapi nabi Allah sgt kasihkan umatnya. Dia hanya meminta umatku..umatku .. Umatku , Allah perkenankan Dan Allah telah mengangkat nabi Muhammad sebagai kekasihnya Melihat betapa nabi kasihkan umatnya Dan Agama.
Sepanjang hidupnya Tidak pernah berasa lega sehingga lah Turun wahyu Dari allah " Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu,dan telah Aku redhai Islam menjadi agama " ( surah Al-Maidah :3).
Dari sini Kita boleh renungkan bagaimana nabi Dan rasul sebelumnya nabi Muhammad pun berdoa utk menjadi umat muhammad tetapi Tidak di perkenankan ini pula Kita yang lahir2 umat nabi Muhammad yang amat di kasihi Allah , bertapa kasihnya Nabi terhadap kita sehinggakan di nafas terakhirnya pun sempat dia meninggalkan wasiat kpd umatnya, sedangkan Nabi Muhammad tahu tempatnya di syurga , jadi kita sebagai umatnya apa yang kita lakukan sebagai hamba Allah ,
Apakah sudah cukup usaha yang kita lakukan, selalu Kita dengar perkataan yang Tidak pernah lari " takdir" semuanya dikatakan takdir . Jadi untuk apa Allah jadikan Kita di dunia ini jika semuanya dikatakan takdir, Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi, di berikan akal untuk berfikir Dan berusaha takdir itu mampu diubah dengan pertolongannya, Allah itu maha berkuasa di atas sesuatu.
Yang dipinta seribu kemaafan jika Ada yang tersilap kata, sesungguhnya
hanya Allah yang sempurna, yang dikongsi hanya ilmu yang di dengar untuk santapan rohani, agar Kita menjadi lebih baik - semoga Allah mengampuni dosa2 kita, Amin
No comments:
Post a Comment
budak membebel ouchhh..