Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah masih kita di beri peluang utk kita bernafas dan melihat kebesarannya , tahun baru sudah berganti adakah perkara sebelumnya sudah tercapai ? Atau masalah yg semakin memuncak ?
Sering kali kita sering memikirkan azam baru yg bakal di rencanakan sementara azam lama masih lagi terkontang kanting sementara yg berbaki di sebelumnya masih tertunggak, tidak ada salahnya semua itu yang pasti setiap tahun baru itu akan lebih menyuntik semangat kita untuk mencapai sesuatu dlm kehidupan kita.
Dan aku juga tidak lari cuma berbeza untuk tahun ini aku tidak memikirkan apa lagi untuk di capai bukan kerana tidak ada semangat baru tetapi masih lg dalam pencarian , yg sebelumnya belum lagi habis dipadam cuma tahun ini cukuplah azam aku agar setiap hari ada perubahan positif dlm diri dan aku harap aku akan menjadi lebih solehah. HaHa tang solehah itu mmg sedikit berat bukan untuk menyalahkan sekeliling tetapi pada diri sendiri yang mudah mengalah pada nafsu.
Tidak secara drastik yg pasti setiap hari jika ade satu titik Hijrah kepada yg lebih baik itu sudah memadai berbanding statement " menunggu hidayah Allah". Hidayah itu tidak hadir jika tidak berusaha mendapatkannya kan, dan sesungguhnya orang yg berusaha itu adalah org yg beruntung.
Dan aku percaya tentang apa yang aku rasa sekarang ni bertemankan sifat IKHLAS dlm diri dlm menghadapaNyA dan berserah kepadaNYa sebuah nikmat yang tidak mungkin kita. Dapat kongsikan dgn org lain jika mereka sendiri tidak rasai.
Aku juga seperti insan lain yg kadang2 tiang rumahnya agak bergoyang dek kerana waktu berjumpa denganNya sering kali aku terlepas, tetapi aku harapkan sedikit demi sedikit perubahan kerana jika asasnya sudah goyah bagaimanakah dinding mampu bertahan, semakin aku menilai diri semakin malu aku dengan diriku , semoga hidayah yg hadir akan sentiasa ada di diri hina ini dan jgn lah kau paling kan rasa nikmat kemanisan dlm menghadapMu.
Ya Allah Tuhan maha berkuasa atas sesuatu Ampuni aku , perbaiki akhlakku kurniakan lah hidayah dan tetapkan iman ku jgn lah kau paling kan hidayahMu, jauhkan sifat zalim dlm diriku dan dr kezaliman , lindungi aku dr fitnah dan memfitnah, matikan aku dlm iman dan hidupkan di kalangan yg soleh, perliharalah aku dr azab akhirat dan fitnah kubur, hanya kepadamu aku berserah dan meminta hanya kepada mu aku mengadu tuhan rabbul a'lamin