Followers

Monday, October 31, 2011

hati ku berkata

bismillah & Assalamuailaikum,
hati kecilku tersentuh lagi, rasanya telah lama diri ini leka dan hanyut,
sanubari aku bagai terpangggil-panggil melihatkan kelemahan diri,
buat seketika aku tertunduk diam,
seakan terbayang kesalahan-kesalahan lalu,yang jauh difikiran aku tidak terfikirkan akan akibatnya
tidak pernah terdetik perlakuan dan sifat itu jauh menyentuh hati sesiapa pun,
malah keegoan aku kadang-kadang menutup segala kesilapan itu sehinggakan menafikan segalanya.
tetapi adakah keegoan itu cukup mengheret aku jauh dari azabnya, tidak sudah tentunya tidak
dan adakah juga cukup dengan seribu kemaafan andai masih aku ditakuk sifat dan laku yang sama,
perubahan harus di lakukan tetapi tidaklah terlalu drastik, seindahnya biarlah di daki dengan seribu langkah perlahan jika ia mampu berterusan, insyaallah perubahan kearah kebaikan pasti dipermudahkan,

alhamdulillah, rasa syukur aku pada Nya, aku percaya akan setiap perjalanan hidup yang berlaku pasti terselit hikmahnya, dahulu hati kecil ini sering direntap-rentap akan kebosanan hidup yang dulunya sering di putar dengan perkara yang sama mengagungkan kehebatan yang sementara tetapi dalam masa yang sama aku terlupa nilainya hanya sedikit, jiwa aku terlalu rapuh dengan hal yang mudah membawa aku kebahagiaan sementara, tapi kini aku seperti bertatih mecari sesuatu yang baru, hati aku semakin rasa diri ini terlalu banyak kekurangannya. semakin banyak aku mencari, semakin banyak aku membaca baru aku sedar bertapa bodohnya dulu aku,tetapi aku tidak pernah menyalahkannya keranaitu pengalam hidup, kerana kealpaan dulu aku temui sinar yang baru.
source: gg

semakin di gali semakin banyak hati ini menangis, melihatkan dosa semalam,semakin lama semakin banyak dan semakin aku mengerti, setiap yang di perintahkan penuh dengan hikmah dan islam itu memang benar indah.semoga apa yang diberi pada aku hari ini tidak akan ditarik kembali dan semoga aku dan kamu hidup dalam limpahan keberkatan dan rahmatNya.

Duhai hati tetapla akan dikau dengan nur cahayanya, rawatlah dukamu dengan ayatNya,biarlah tangisanmu hanya untuNya, mengadulah hanya kepada Nya, janganlah kau berpaling dari jalannya hanya kerana nafsu dunia dan nikmat dunia yang sementara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...