Followers

Saturday, January 14, 2012

respect theory

sometimes bile bercakap banyak lebih mempelihatkan kebodohan sendiri. words respect, not only pada orang yang tinggi pangkatnya tetapi akhlaknya. you act like you dont deserved any respect from us. how cant u manage the big things if u cant in small one. your weakness keep appeared, dont mess up with people if you dont know . not say hello tba-tiba masuk mcm  guruh dari langit nak turun kat bumi. weirdoo sgt la tu, tak hebat la kalau u tak tahu ape-ape nak mencelah then when we asked a lit thing, mula la nak berterabur gigi dan senyum plastic tak paham, back then salah kan kami, you dont act like u should dan bila egoistic mengunung mengalahkan everest pastinya even mistake come from u, u still nak reject hoho.. mcm nak bertepuk tangan sambil menari salsa melihatkan big company had this kind of superior .. what a future,  hello ini bukan budak tadika yang belum pandai kesat hinggus dan air liur. gunakan akal sebelum bertindak, iman sebelum menghukum, bukan nafsu dan hasad yang mendengki, percaya hukum dunia dan allah you will pay for what you've done.!!

nota kaki bersilang tangan : teringat kisah if no mistake la, jawabah kat akhirat kelak - pemimpin akan di lempar ke neraka jika apabila pemimpinnya selesa duduk manakala bawahannya berdiri,

Tuesday, January 10, 2012

tak sepatutnya begitu...

asmkm.. hello..hai.. hoii......!!!
hebat tak.hebat tak... nak tanya je. awesome tak 2012 nie kat korang..?? (peduli hape kan)
sure.. sure la kena ke depan ye tak mana pulak ada gear reverse dlm hidup..
resolution apa je nak di buat.. ada tak berderet-deret sampai ke lantai.. nak tunjuk sgt tinggi comitment la tu
but jangan nak poyo kan kalau yg lepas pun x setle..hahaha..(bajet cool je lubang hidung kan)
tahun baru azam baru, baju baru wish list baru.. pakwe baru.. hadoo..?? haha.. berangan ke matahari naik beskal tua pun tak tentu sampai.

erm agak serabai blog ni.. maklum la sentiasa busy semenjak dua menjak dan tiga menjak nie, sedikit di resapi kepoyooan yang amat melampau membataskan jari-jari ini mahupun mata untuk singgah.. wahh senang je kena sounds kan.

hujung tahun  x dapat nak happy-happy pulop bajet awl tahun happy sgt.. herm tinggal bau je la.. sila la nikmati kerja yang berduyun-duyun mcm bercakap plak come to me my baby kan.. jeles betul dengan orang yang dapat cuti lama.. untung la  (bajet die je sorang keje kan). haiishhh..  tak mao..tak mau begitu.. tahun baru katanye nak jadi baik nak jadi rajin.. baru awl bulan dah tarik mood kelam die. tak potong darjah kecomelan die tahap kemasaman melampau..

aku suke tahun baru tapi style die jugak tak berubah-berubah. ape nak jadi cepuk kang..!! wahai manusia di sana tolong jangan buat kerutan di muka bertambah seperti mempercepatkan usia aku yang muda nie meningkat mendadak ye.. be professional der.. kang lingkup jugak kena sekeh laju-laju.. ohh lupe jangan lupe gaji baru jugak.. kalau tak ade yg mogok isi minyak keta ngan air laut bayar tol dengan daun pokok kan....
korang hadooo..


Monday, October 31, 2011

hati ku berkata

bismillah & Assalamuailaikum,
hati kecilku tersentuh lagi, rasanya telah lama diri ini leka dan hanyut,
sanubari aku bagai terpangggil-panggil melihatkan kelemahan diri,
buat seketika aku tertunduk diam,
seakan terbayang kesalahan-kesalahan lalu,yang jauh difikiran aku tidak terfikirkan akan akibatnya
tidak pernah terdetik perlakuan dan sifat itu jauh menyentuh hati sesiapa pun,
malah keegoan aku kadang-kadang menutup segala kesilapan itu sehinggakan menafikan segalanya.
tetapi adakah keegoan itu cukup mengheret aku jauh dari azabnya, tidak sudah tentunya tidak
dan adakah juga cukup dengan seribu kemaafan andai masih aku ditakuk sifat dan laku yang sama,
perubahan harus di lakukan tetapi tidaklah terlalu drastik, seindahnya biarlah di daki dengan seribu langkah perlahan jika ia mampu berterusan, insyaallah perubahan kearah kebaikan pasti dipermudahkan,

alhamdulillah, rasa syukur aku pada Nya, aku percaya akan setiap perjalanan hidup yang berlaku pasti terselit hikmahnya, dahulu hati kecil ini sering direntap-rentap akan kebosanan hidup yang dulunya sering di putar dengan perkara yang sama mengagungkan kehebatan yang sementara tetapi dalam masa yang sama aku terlupa nilainya hanya sedikit, jiwa aku terlalu rapuh dengan hal yang mudah membawa aku kebahagiaan sementara, tapi kini aku seperti bertatih mecari sesuatu yang baru, hati aku semakin rasa diri ini terlalu banyak kekurangannya. semakin banyak aku mencari, semakin banyak aku membaca baru aku sedar bertapa bodohnya dulu aku,tetapi aku tidak pernah menyalahkannya keranaitu pengalam hidup, kerana kealpaan dulu aku temui sinar yang baru.
source: gg

semakin di gali semakin banyak hati ini menangis, melihatkan dosa semalam,semakin lama semakin banyak dan semakin aku mengerti, setiap yang di perintahkan penuh dengan hikmah dan islam itu memang benar indah.semoga apa yang diberi pada aku hari ini tidak akan ditarik kembali dan semoga aku dan kamu hidup dalam limpahan keberkatan dan rahmatNya.

Duhai hati tetapla akan dikau dengan nur cahayanya, rawatlah dukamu dengan ayatNya,biarlah tangisanmu hanya untuNya, mengadulah hanya kepada Nya, janganlah kau berpaling dari jalannya hanya kerana nafsu dunia dan nikmat dunia yang sementara.

Tuesday, September 6, 2011

Rinduku di Tanah Gersang

Bismillah dan assalamualaikum,
alhamdulillah allah masih lagi beri aku peluang untuk bernafas lagi di bumi ciptaanNya
Rasanya dah terlalu lama aku biarkan blog ku kosong tanpa entri, greeting pun aku buat lewat syawal ke-8,
Entahlah aku tidak tahu apa entri yang perlu aku kupas,rasanya biarlah ada pengisian yang boleh aku kongsi bersama yang boleh bawa aku kan kamu kearah kebaikan.

Telah diperkatakan dalam 12 bulan islam ada bulan-bulan yang memberi seribu kebaikkan kepada kita."Rejab bulan Allah, syaaban bulan nabi muhammad s.a.w dan ramadhan bulan umat islam.Telah berlalu ketga-tiga bulan yang di muliakan, entahkah mampu kita untuk sampai kembali ke bulan itu di tahun hadapan, subhanallah itu kuasa Allah, maha Mengetahui akan sesuatu.

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah, syukur pada allah ku panjatkan atas seruannya, aku tiba di tanah suci Makkah mukarramah.Memang sudah lama aku berniat untuk buat umrah.alhamdulillah seruannya hadir. semuanya tidak di rancang. sebelum bulan ramadhan tiba-tiba je terdetik nak buat umrah, alhamdullillah rezki allah itu ada, dapat juga buat umrah lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.

fadhilat pahalanya seperti yang di riwayat kan al-bukhari sabda rasulullah s.a.w "umrah di bulan puasa seperti haji bersama ku" . Flight dr KL terus ke Jeddah. destinasi kami bermula di Madinah al munawwarah walaupun hanya 3 hari, tapi cukup meninggalkan kesan yang mendalam pada diri aku. kerinduan terhadap nabi muhammad s.aw kekasih allah maha hebat. subhanallah, walaupun ada masalah dengan communication,  alhamdullilah itu tidak jadi halangan untuk kami saling memberi pertolongan. Di sini aku rasa indahnya akhlak seorang islam, alangkah indah jika kita mengikutnya dan mengamalkan asas islam.  macam sebuah bangunan, pentingnya asas (foundation) terhadap sesebuah bangunan, kalau tidak runtuhlah bangunan tu. Rasanya begitu sekejap, allah telah mengutuskan hambanya untuk membantu aku untuk pergi Rawdah, makam nabi s.a.w.  Ramai betul umat nabi muhammad, semuanya berebutkan pahala menunaikan umrah di bulan mulia.
masjidil nabawi



jannatul Baqi

usai buat wida dengan rasulullah s.a.w, terus kembali meneruskan perjalanan ke tanah haram Makkah mukarramah dengan pakaian ihram. perasaan itu tidak dapat digambarkan lebih lebih lagi bila bertalbiah. sayu betul rasa hati .

Labbaik Allahumma Labbaik,Labbaik laa syarikka laka labbaik, Innal haamda wanni’mata laka wal mulk Laa syariika laka.
HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah KepunyaanMu tidak ada sekutu bagiMu

first time memandang kaabah, subhannallah, maha hebat perasaan aku, segala-segalanya seakan aku lupa tentang dunia, mengagungkan kebesaran allah dan kemuliaanNya. ketenangan yang tak pernah aku rasai. sungguh hebat. walaupun cuaca agak panas dengan suhu 42 darjah tapi kuasa allah bila tawaf dingin je.Rindu betul kat tanah suci.umpamanya baru semalam aku pergi.  insyaallah jika ade rezki dan izin darinya pasti aku akan kembali lagi.

masjidil Haram


buat sesiapa yang inginkan ketenangan, pergilah di sana tanah suci tempat kelahiran nabi muhammad s.a.w, tanah penuh berkah, pastinya tidak ada nilai yang mampu kita gantikan dengan apa yang kita peroleh, dan pasti terdetik di hati kita lagi untuk kembali tanah suci yang di lindungi allah dr fitnah dajjal dan sesiapa yang berbelanja di madinah pasti di lipat gandakan keberkatannya. insyaallah

Monday, September 5, 2011

happy Eid mubarak

assalamualaikum,
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
thanks to allah that given us chance to celebrate one more eid ul fitri this year after blessing month of ramadhan.

i think that im not too late to wish u all
happy eid ul fitri, and minal aidin wal faidzin

hope that we get a blessed eid and may allah accept our good deeds


Friday, June 10, 2011

triple crown belong to them


yeayyyy... Beast won again on music bank
i love uuuuuu BEAST
u are da best ever
saranghae

Thursday, June 9, 2011

climb the desire


Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

-Thomas A. Edison

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...